Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

One Championship: Destiny Of Champions 2018 akan berlangsung malam ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan peminat sukan mixed martial arts pasti sudah tidak sabar menantikan pertarungan malam ini.

11 pertarungan akan berlangsung pada malam ini dan tumpuan peminat di Malaysia semestinya pada fighter yang akan mewakili Malaysia iaitu Gianni Subba, Agilan Thani, Jihin Radzuan dan Mohammed ‘Jordan Boy’ Mahmoud.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

181207-KL-boutcard-mini(12Bout)-EN

181207-KL-emailfooter-EN

Agilan Thani yang akan berentap dalam kategori walterweight mahu mengakhiri tahun 2018 dengan kemenangan dan akan bertarung dengan lawan dari Kyrgysztan, Kiamrian Abbasov. “Saya tahu Abbasov seorang yang kuat dan saya dapat rasa beliau memandang rendah terhadap saya kerana rekod saya yang masih baru,” kata Agilan Thani.

Buat anda yang belum mendapatkan tiket, tiket masih boleh didapati di Axiata Arena petang nanti dan mari sama-sama kita memberi sokongan kepada semua fighter negara. Ayuh!