“Seri Paduka menasihati rakyat, khususnya ahli-ahli politik, untuk bersama bermuhasabah agar negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu ketika kita semua masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman wabak COVID-19,” titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini.

Dalam titah kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Al-Sultan Abdullah mengulangi titah nasihat baginda ketika Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada bulan Mei lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baginda telah meminta semua ahli politik, bermuhasabah diri dan tidak membawa negara ke kancah politik yang tidak menentu dalam suasana wabak COVID-19 yang telah memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat Malaysia ketika ini.

Ahli politik negara turut dinasihat untuk menyelesaikan permasalahan di antara mereka menerusi perundingan dan proses perundangan seperti yang termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan.

Titah baginda, ahli politik juga perlu mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami keluh kesah rakyat serta tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Seri Paduka Baginda menegaskan ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses-proses perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dakwa Kerajaan TSMY Sudah Jatuh, Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan Lebih 120 Ahli Parlimen

Terima Lebih RM100,000 Sebulan, Ini Adalah Jumlah Pendapatan Bulanan Menteri Di Malaysia

Tun Mahathir Dilaporkan Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA