Salam Syawal untuk semua! Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua dan di bulan yang mulia inilah masanya untuk anda berkunjung ke rumah sanak saudara dan teman-teman yang mungkin sudah lama anda tidak berhubung.

Agrobazaar Singapura tidak ketinggalan untuk menyajikan anda promosi dan aktiviti menarik sepanjang Syawal ini. Kalau ianya dari Agrobazaar Singapura, mesti produk dan promosinya best dan berkualiti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1.Demo Masakan Horeca @ Big Box
Agro-5

Setiap hujung minggu di Big Box, Agrobazaar Singapura (ABMS) akan mengadakan demo masakan produk Horeca , produk masakan famous dari ABMS. Mana tahu anda nak cuba menu baru untuk anda hidangkan pada tetamu, anda boleh tengok demo masakan ini dan tanya tips-tips masakan pada chef yang bertugas.

2.Busking Corner @ Verandah
2

Sesuatu yang baru bakal dibawa Agrobazaar Singapura iaitu Busking Corner @ Verandah ! Band busking indie dari Singapura akan menghiburkan anda ketika anda menjamu selera di Verandah.

Kalau anda bawa kekasih anda untuk hidangan makan malam sambil berlatarkan muzik busking, pastinya momen itu jadi lebih indah. Ehem. Kalau anda nak request lagu, pasti tiada masalah.

3.Durian Party Buffet
3

Calling all durian lovers! ABMS akan anjurkan Durianlicious Party pada dua tarikh ini ; 6-7 Ogos dan 20-21 Ogos. Anda boleh makan semua jenis durian (tidak termasuk musang king) dalam masa 45 minit. Di bawah adalah details berkenaan Durianlicious Party ini :

Tarikh : 6-7 Ogos & 20-21 Ogos
Masa : 5.15pm – 6pm (1st heat)& 6.30pm – 7.15pm (2nd heat)
Harga : SGD66 (1 pax), SGD 116 (2 pax)

Memang terujalah kalau peminat durian dengar promosi ini. Sebiji durian pun anda sudah sedia maklum mahal kan? Buffet ini bukan setakat makan durian sahaja.Terdapat juga buah-buahan tempatan lain yang dihidangkan bersama serta menu hi-tea istimewa untuk mereka yang menyertai buffet ini. Berbaloi.

4.Promosi Hebat Bersama HomeTeamNS
4

Promosi untuk ahli HomeTeamNS ini akan berlansung bermula Syawal ini hingga Disember 2016. Menarik betul promosi ini sebab anda boleh mendapat potongan sebanyak 20% untuk barangan yang terdapat di Agrobazaar Singapura, buah segar dengan potongan 10% dan jika anda berbelanja SGD38 dalam satu resit anda berpeluang menangi hadiah. Mantap.

Kalau anda ke Singapura jangan lupa serbu Agrobazaar Singapura untuk menikmati promosi yang awesome sepanjang Syawal ini. Kalau anda beraya bersama saudara di sini pun seronok juga. Sambil bersembang, sambil pekena Kopie Satu. Selamat berhari raya dari Agrobazaar Singapura!