Mini Augmented Vision aka Augmented reality (AR) adalah satu konsep penggunaan kaca mata realiti maya semasa memandu. Ia telah dihasilkan oleh Mini, sebuah syarikat auto manufacturer’s small-car subsidiary di United Kingdom.

Masih dalam fasa percubaan, teknologi ini membolehkan anda melihat paparan navigasi, kelajuan kenderaan dan beberapa infomasi penting kenderaan terus ke mata anda. Lebih menarik kacamata AR ini juga membolehkan anda menerima panggilan dan mesej dari telefon pintar, anda hanya perlu memuat turun aplikasi khas iaitu Mini’s app.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Kacamata AR ini hadir dengan 2 paparan skrin HD, cip pemprosesan Qualcomm 805 Snapdragon, 2GB RAM dan sokongan X-ray vision. X-ray vision ini membolehkan anda melihat pemandangan luar menembusi tubuh kereta dengan bantuan kamera. Teknologi ini secara tidak langsung menghapuskan blind spot kereta dan pastinya membolehkan sesiapa sahaja meletakkan kereta dengan pantas dan selamat.

Jika anda berminat mengikuti perkembangan teknologi Mini Augmented Vision, silalah hadir ke pertunjukan Kereta di Shanghai pada 22 April ini.

MINI-augmented-vision-designboom04

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka