Tular di media sosial sejak kelmarin apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di Amerika Syarikat tampil untuk menyelamatkan adik perempuannya daripada digigit anjing.

Beliau difahamkan sanggup berdepan dengan anjing meskipun digigit pada bahagian kepala dan muka sekaligus menerima 90 jahitan demi menyelamatkan adik perempuannya. Perkongsian daripada mak cik hero cilik bernama Bridger Walker ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian netizen termasuk para selebriti Hollywood.

Siapa sangka menerusi sokongan #BridgerStrong, barisan para pelakon filem The Avengers turut tampil untuk mengucapkan tahniah di atas keberanian yang ditunjukkan Bridger dalam usaha untuk menyelamatkan adik perempuannya.

Antara yang menarik perhatian ramai sudah pastinya perbualan secara video antara Bridger bersama Chris Evans selaku Captain America yang dikongsikan melalui laman Instagram.

Bukan itu sahaja, keluarga Bridger turut mendapatkan sokongan daripada beberapa pelakon lain termasuk Mark Ruffalo selaku Hulk, Tom Holland selaku Spiderman serta Hugh Jackman selaku Wolverine yang tampil menunjukkan rasa kagum mereka terhadap keberanian Bridger.

Tahniah kami diucapkan buat Bridger yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan adik perempuannya meskipun baru sahaja berusia 6 tahun.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah ini, anda boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. Turut dikongsikan, kisah air Milo pekerja Myanmar di Malaysia yang pastinya membuatkan anda sebak ini.

Terima 90 Jahitan, Hero Berusia 6 Tahun Ini Sanggup Gadai Nyawa Selamatkan Adik Daripada Gigitan Anjing

Air Milo Jadi Tanda Ingatan, Kisah Pekerja Myanmar Di Malaysia Ini Undang Sebak