Tular baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook memuat naik satu kenyataan di mana beliau menyatakan bahawa darah seseorang bertukar warna mengikut vaksin yang diambil.

Beliau yang juga seorang ahli bekam mendakwa bahawa berlaku, “Perubahan keadaan warna darah mengikut jenama vaksin.” Perkara itu dibuktikan selepas beberapa minit individu yang divaksinasi itu di bekam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook, beliau menyatakan bahawa mereka yang mengambil vaksin jenama Sinovac, darahnya bertukar seperti nanah. Manakala mereka yang mengambil jenama Pfizer pula darahnya bertukar seperti air kencing.

E9ZoObrVcAI9C1W

Hantaran tersebut tular selepas dimuat naik oleh warganet di laman Instagram dan Twitter. Ia juga mendapat perhatian para petugas barisan hadapan.

Seorang doktor, Khairul Hafidz, dalam satu ciapannya menjawab mengapa warna darah itu bertukar seperti yang didakwa oleh lelaki terbabit.

“Begini, whole blood kita terdiri daripada 4 komponen iaitu plasma, sel darah putih, platlet dan sel darah merah. Biasa sahaja terjadi begitu kita nampak cair kerana plasma dah terpisah daripada whole blood ini tadi. Bukan sebab vaksin. Lagi satu, kenapa kena bekam lepas vaksin?” Katanya.

Doktor Latif Saad pula di dalam hantarannya di laman Facebook menyatakan bahawa darah terdiri kepada dua bahagian iaitu plasma dan darah.

“Selalunya kalau kita ambil darah dan campur dalam tabung uji, darah itu akan mendap dan menghasilkan bahagian plasma dibahagian atas yg selalunya berwarna kuning seperti ‘Air kencing’ dan juga bahagian bawah berwarna merah iaitu mempunyai sel darah merah.

“Terkadang jika terlampau banyak lemak di dalam darah, ia akan menjadikan plasma itu berwarna kuning seperti nanah. Sebenarnya warna kuning itu adalah lemak. Selalunya staff lab akan describe ia sebagai lipaemic sampel disebabkan terlalu banyak lemak,” katanya.

Tambah beliau lagi, sampel darah yang dipaparkan selepas bekam itu adalah sampel darah yang normal dan bukannya disebabkan vaksin. Jika seseorang yang tidak divaksin pun akan menghasilkan darah yang sama seperti mereka yang sudah divaksin.

Anti-vaksin dikecam buat eksperimen sosial, bangga dapat masuk kedai walaupun tolak vaksin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Anti-Vaksin Dikecam Buat Eksperimen Sosial, Bangga Dapat Masuk Kedai Walaupun Tolak Vaksin

Sudah Terima Vaksin Di India, Doktor Gigi Ini Kongsi Pengalaman Dan Kesan Sampingan Dialaminya

Kelantan Bakal Hentikan Agihan Vaksin Sinovac, Digantikan Dengan Vaksin Pfizer