Menjadi ‘nature’ seorang pendidik bagi membetulkan sesuatu yang salah dan itulah yang dilakukan oleh ahli fizik ini. Ahli fizik yang juga penulis 8 judul buku berkaitan dunia sains, tuan Zamir Mohyedin telah menulis penjelasan panjang berkenaan teori lohong hitam (black hole).

Penulisan itu khusus bagi membetulkan fakta yang diucapkan oleh seorang ustaz dalam salah satu ceramahnya. Zamir menyenaraikan 6 perkara dalam ceramah tersebut yang menurutnya tersasar daripada konsep sains sebenar dan anda boleh membacanya di sini.

Antara perkara yang disentuh oleh Zamir adalah peristiwa teori kerelatifan, dakwaan Albert Einstein menteorikan tentang pengembangan alam dan teori ‘bangang’ Stephen Hawking terhadap black hole.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian Zamir itu bagaimanapun mencetuskan perbalahan antara mereka yang faham dengan konsep sains dan pengikut setia ustaz tersebut yang menolak penjelasan Zamir. Malah, ada yang menuduh Zamir sudah ‘sesat’ kerana terlalu berpaksikan sains.

Zamir sendiri berkata majoriti teori yang dibangkitkan oleh ustaz dalam video tersebut telah pun dibuktikan secara saintifik.

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama Zamir membetulkan fakta tentang teori black hole ini. Pada 2019, Zamir sudah pun membetulkan fakta terhadap video black hole ustaz ini tetapi kurang ‘menyengat’ berbanding perkongsian terkini beliau.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak berhubung terus dengan ustaz berkenaan tentang video tersebut, Zamir berkata beliau tidak langsung mengutuk ustaz berkenaan. Tulisan beliau itu hanya untuk membetulkan fakta kerana video berkenaan setakat ini sudah ditonton sebanyak lebih 700,000 kali.

Jika diberitahu kepada ustaz sahaja, hanya beliau sahaja yang tahu dan tidak mereka yang sudah menonton video tersebut yang sudah hadam maklumat yang salah.

Dalam perkongsian Tinda Minda oleh Dr Aspalilah Alias dan Dr Habibah Ismail, beliau berkata kehebatan ilmu sains tidak menyebabkan mereka jauh dari Allah, malah menyebabkan mereka lebih banyak mengkaji dalam mencari jawapan dalam setiap masalah dalam kehidupan manusia.

Bagaimanapun, kehebatan ilmu sains tidak setanding dengan kehebatan dan kebesaran Allah SWT yang merupakan pemilik segala ilmu.

Ini pula penulisan Zamir tentang sains di sebalik filem Tenet. Baca lagi pada pautan di bawah.

Penjelasan ‘Mudah’ Konsep Pengembaraan Masa Dalam TENET

National Science Foundation Amerika Kongsikan Gambar Pertama ‘Black Hole’

Katie Bouman, Wanita Di Sebalik Imej ‘Supermassive Black Hole’