Ahli gusti berhijab dari Malaysia, Nor ‘Phoenix’ Diana tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2020. Beliau antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam edisi muka depan Forbes bagi kategori Sukan dan Hiburan.

Forbes 30 Under 30 Asia adalah senarai untuk anak muda di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun yang mencabar tradisi konvensional dan menetapkan semula peraturan untuk generasi akan datang. Ia menampilkan usahawan, pencetus perubahan dan pemimpin muda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nor diana berjaya mencuri tumpuan dunia apabila muncul sebagai wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lalu. Selain itu, imej berhijab serta sukan ‘ganas’ yang beliau ceburi juga telah menjadi faktor kepada kejayaan beliau.

“Saya mahu memberi inspirasi kepada wanita bukan hanya tudung tetapi wanita secara amnya. Tiada apa-apa yang boleh menghalang kita selagi kita mempunyai semangat dan percaya kepada diri kita sendiri,” katanya kepada The Edge.

Selain beliau, Anja Chong, 26 atlet ‘speed skating’ Malaysia turut tersenarai di dalam kategori Sukan dan Hiburan. Antara kejayaan beliau adalah meraih empat pingat emas pada acara temasya Sukan SEA 2017 dan 2019

Kategori lain yang disenaraikan adalah:

  • Seni (Seni & Gaya, Makanan & Minuman)
  • Hiburan & Sukan
  • Modal Kewangan & Ventura
  • Media, Pemasaran & Pengiklanan
  • Runcit & E-Perdagangan
  • Teknologi Enterprise
  • Industri, Pembuatan & Tenaga
  • Kesihatan & Sains
  • Usahawan Sosial
  • Teknologi Pelanggan

Terdahulu, beliau pernah ditemuramah oleh Great Big Story, sebuah channel YouTube yang mempunyai berjuta pengikut. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tonton Episod Great Big Story Khas Buat Penggusti Hijab Dari Malaysia, Nor ‘Pheonix’ Diana