Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Memang seronok bila kita mempunyai kumpulan yang berkongsi minat yang sama tanpa kira sebarang hobi mahupun aktiviti. Banyak perkara dan pengalaman baharu yang boleh bertukar-tukar antara satu sama lain.

Salah seorang ahli kelab trak pikap telah berkongsi satu tangkap layar di mana ‘pihak atasan’ satu kelab WhatsApp group tesebut meminta ahli-ahli membeli kit keahlian bernilai RM60 sebelum satu tarikh dinyatakan. Jika tidak, setiap ahli yang ingkar akan dikeluarkan daripada WhatsApp group utama kelab trak pikap terbabit.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Sumber Gambar: Facebook

Perkongsian ahli kelab tersebut telah mendapat perhatian pemilik-pemilik trak pikap lain yang menganggap perkara seperti itu tidak sepatutnya terjadi kerana ia adalah satu pilihan, terpulanglah kepada ahli mahu membelinya ataupun tidak.

Tambah mereka lagi, ‘pihak atasan’ kelab WhatsApp group terbabit seolah-olah mahu mengaut keuntungan ‘atas angin’ terhadap ahli-ahli kelab itu.

Sumber Gambar: Facebook

Sumber Gambar: Facebook

Sumber Gambar: Facebook

Sumber Gambar: Facebook

Setelah melihat tangkap layar yang tular itu, orang ramai memberikan satu cadangan ‘neutral’ untuk menjernihkan keadaan dengan meminta jika ahli kelab trak pikap itu berasa berbaloi, dipersilakan beli kit keahlian tersebut. Jika tidak, tunggu sahaja admin kepada WhatsApp group itu buang ahlinya selepas tarikh yang dinyatakan.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut beberapa isu semasa melibatkan pelbagai kelab kereta di Malaysia yang berlaku pada awal tahun ini.

‘Sini Jalan Mati’ – Geng Honda Tampil Jelaskan Gambar Berkumpul Di Lebuh Raya Terbengkalai

Selepas Geng Civic FC Dicari Polis, Kelab Kereta Lain Mula Padam Gambar ‘Gathering’ Di Temiang

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic