Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyanyi kumpulan terkenal Korea Selatan, 2AM iaitu Lim Seul-Ong telah didenda selepas terlibat dengan kemalangan maut yang telah mengorbankan seorang pejalan kaki pada tahun lepas.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Soompi, pada 18 Januari yang lalu bintang terkenal tersebut telah dikenakan denda sebanyak 7 juta won (kira-kira sekitar RM25,719) seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Daerah Barat Seoul pada 13 Januari yang lepas.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Walaupun penyanyi tersebut telah disahkan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol namun beliau masih dikenakan jumlah denda yang sama disebabkan kecuaian beliau.

Keputusan itu difahamkan dibuat selepas pihak mahkamah meneliti secara terperinci segala dokumen serta bukti yang dikemukan.

Kemalangan tersebut difahamkan telah berlaku pada bulan Ogos tahun lalu di mana pada ketika itu beliau sedang memandu kenderaannya jenis SUV pada waktu malam dalam keadaan hujan lebat.

Lelaki tersebut dilaporkan sedang melintas jalan sewaktu kemalangan tersebut terjadi. Beliau telah dibawa ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia sejurus selepas kemalangan tersebut berlaku.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai Bae Sung Woo dibuang dari berlakon drama Delayed Justice kerana memandu dalam keadaan mabuk melalui pautan di bawah. 

Disahkan Memandu Ketika Mabuk, Drama Delayed Justice Pilih Untuk Buang Pelakon Bae Sung Woo

Inginkan Hiburan Sepanjang PKP? Ini 5 K-Drama Yang Boleh Buat Anda Ketawa Terbahak-Bahak

Selepas Keluar iKON, B.I Sah Membuat ‘Comeback’ Khas Buat Para Peminat

Anda Mungkin Suka