Pihak polis Itali telah mengesahkan bahawa terdapat ahli mafia yang ditangkap setelah cuba untuk mengambil kesempatan ketika krisis wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan polis, organisasi jenayah itu telah cuba membeli beberapa perniagaan yang bermasalah dari segi kewangan. Mafia telah membeli perniagaan yang sakit ini dengan menggunakan dana dari pengubahan wang haram.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Ratusan pihak polis telah menyerbu Palermo pada hari Selasa pagi waktu tempatan dalam usaha untuk menghentikan puak mafia Cosa Nostra. Pihak polis mahu mendesak kumpulan Cosa Nostra untuk menghentikan kegiatan mengeksploitasi ekonomi ketika negara sedang bertarung dengan wabak COVID-19, lapor Sky News.

Polis menahan 91 suspek dari Sicily dan beberapa bahagian di utara Itali. Mereka didakwa atas pengubahan wang haram, di mana mereka menggunakan wang ini untuk membeli hotel, kilang farmasi dan barisan perniagaan lain untuk mengembangkan kuasa. Selain itu mereka akan turut didakwa atas kesalahan perdagangan dadah, peras ugut dan atur perlawanan.

Menurut Ketua Pendakwa Palermo Lo Voi, salah seorang suspek turut menawarkan wang kepada mereka sambil mengatakan, “lihat, kami mampu bayar anda dengan tunai” dalam perbualan telefon yang direkod.

Financial Guard memberitahu bahawa mereka merampas aset haram bernilai 15 juta euro, iaitu sekitar RM 70,403,015 juta, termasuk trak lumba kuda. Manakala Hakim Palermo Piergiorgio Morosini mengatakan perintah penguncian telah memberi kesan buruk kepada sektor perniagaan.

Kesan paling besar yang dinyatakan oleh Corriere della Sera, salah satu media di Itali, adalah mafia akan bergiat dengan sangat aktif semasa krisis dengan memanfaatkan wabak COVID-19 dalam cubaan untuk mengeksploitasinya.

Pihak penyiasat turut memberi amaran kepada Cosa Nostra dan organisasi mafia yang lain – terutamanya mereka yang berpusat di Calabria, ‘Ndragheta – untuk berhenti dari melakukan aktiviti membeli perniagaan yang sakit di tengah-tengah situasi COVID-19. Organisasi jenayah ini telah berusaha selama bertahun-tahun untuk mengambil alih perniagaan yang terdapat di seluruh negara.

Cosa Nostra kumpulan yang berpusat di Palermo, dilaporkan telah ‘melarikan’ sejumlah pemimpin mereka ke Milan dalam beberapa tahun terakhir. Mereka juga dikatakan menggunakan kuasa mereka untuk memaksa kafe membeli biji kopi dari syarikat yang dikendalikan oleh mereka.

Untuk rekod, Itali adalah negara Eropah pertama yang dijangkiti wabak COVID-19, di mana mereka melaporkan 219,814 kes dan 30,739 kematian sejak wabak ini mula menular ke negara terbabit.

Untuk bacaan lanjut mengenai mafia, klik pautan di bawah.

Mafia Ambil Kesempatan, Tawar Makanan Dan Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Rakyat Itali

20 Fakta Menarik Tentang Mafia Jepun Yakuza. #17 Ahli Mereka Dilarang Keras Dekati Musuh Ini

Anda Mungkin Suka