Umum buat semua umat Islam bahawa wajah Nabi Muhammad tidak boleh dilukis atau dilakarkan, bahkan hukumnya adalah haram.

Namun, baru-baru ini seorang ahli politik dari Belanda yang cukup terkenal dengan kempen anti Islamnya dilaporkan mahu mengadakan semula pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad selepas lebih setahun acara tersebut dibatalkan susulan daripada bantahan keras yang diterima dari banyak pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Sinar Harian, Ahli politik yang bernama Geert Wilders itu merupakan pemimpin parti pembangkang terbesar di Belanda dan beliau mengalukan-alukan penyertaan orang ramai yang mahu mengirimkan lakaran mereka kepadanya di laman Twitternya.

Menurutnya, kebebasan bersuara mesti mengatasi keganasan dan fatwa Islam.

geert-wilders
Sumber: Newsweek

Rancangan Wilders, 56, untuk mengadakan pertandingan yang sama pada tahun lalu telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia. Bahkan, beliau sendiri menerima ancaman bunuh.

Di Pakistan ketika itu, satu bantahan besar-besaran tercetus sehingga negara itu menggesa dunia Islam lain bersatu untuk memutuskan pertalian mereka dengan Belanda. Ini membuatkan Wilders terpaksa membatalkan rancangannya.

Semalam, beliau turut mengumumkan pemenang untuk pertandingan tersebut di laman Twitter miliknya.

Menjengah ke ruangan komen di Facebook Sinar Harian, Rata-rata netizen merasakan tindakan Wilders ini sangat kurang ajar dan keterlaluan.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan dengan artikel di atas untuk dijadikan bahan bacaan tambahan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Masyarakat Islam Di United Kingdom Berdepan Ancaman ‘Punish A Muslim Day’ Hari Ini

Kenapa Lelaki Ini Kata Muslim Adalah Penyebab Non-Muslim Tak Hormat Agama Islam

Sumber