Prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk memastikan bahawa seluruh rakyat Malaysia terhindar daripada wabak COVID-19.

Bagi individu atau kumpulan yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan, ia boleh didenda sebanyak RM10,000 atau berdepan hukuman penjara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun di Sarawak, ada kelainan sedikit yang ditampilkan, iaitu pemilik rumah sewa bakal berdepan tindakan rumahnya akan diroboh sekiranya terus gagal mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Memetik laporan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak, perkara ini dikatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata tindakan ini hadir selepas beberapa arahan telah dikeluarkan kepada pemilik agar tidak menyewakan unit mereka kepada penyewa dari luar daerah Bintulu dalam keadaan di mana kes COVID-19 di Sarawak semakin meningkat.

“Ini adalah kali terakhir saya beri amaran dan rayuan. Tidak akan ada tolenrasi selepas ini dan tuan tanah tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa kerana mengambil tindakan yang lebih ketat,” katanya.

Tiong berkata bahawa terdapat kes di mana penyewa rumah sewa berulang kali melintas daerah untuk bekerja dan apabila pulang ke Bintulu, mereka diuji positif.

Situasi ini telah mengakibatkan rumah sewa terbabit dikenakan perintah kawalan pergerakan sebanyak tiga kali, “Mengapa rakyat terus berdegil dan gagal patuh SOP?” Katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa sudah berulang kali meminta agar perniagaan yang berkaitan untuk bekerjasama dalam mencegah wabak COVID-19 di Sarawak.

Ini termasuk dengan tidak menyewakan unit mereka kepada orang-orang dari luar daerah, memantau aliran keluar masuk dan menjaga kebersihan sekitar.

“Sekiranya [pemilik] rumah sewa masih tidak bekerjasama dengan SOP [yang telah ditetapkan], mereka akan berdepan dengan [tindakan] perobohan segera oleh pihak berkuasa,” katanya.

Bangga ‘suprise’ pekerja dengan pemberian bonus, video instafamous abai SOP ini jadi perhatian netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bangga ‘Surprise’ Pekerja Dengan Pemberian Bonus, Video Instafamous Abai SOP Ini Jadi Perhatian Netizen

Ahli Politik Ini Cadang Hukuman Cuci Tandas Buat Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP

Langgar SOP Dan Terpalit Kontroversi, Swarovski Sahkan Tamat Kolaborasi Dengan Neelofa

Sumber