Seorang Senator Iran menawarkan ganjaran $ 3 juta (RM12 juta) kepada sesiapa yang berjaya membunuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Al Jazeera.

Ketegangan semakin meningkat sejak Donald Trump menarik Washington keluar dari perjanjian nuklear Tehran pada 2018. Kebarangkalian perang untuk meletus menjadi kerisauan dunia ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bagi pihak rakyat wilayah Kerman, kami akan membayar ganjaran $ 3 juta (RM12 juta) secara tunai kepada sesiapa yang membunuh Trump,” kata Senator Ahmad Hamzeh kepada parlimen.

Dia tidak mengatakan sama ada ganjaran tersebut mempunyai sokongan rasmi daripada pemerintah Iran.

Bandar Kerman, di wilayah selatan ibu negara, adalah kampung halaman Qassem Soleimani, seorang komander Iran terkemuka yang terbunuh dalam serangan drone yang diarahkan oleh Trump pada 3 Januari lalu di Baghdad.

Ia telah mendorong Iran untuk melancarkan peluru berpandu di kem tentera AS di Iraq.

Ini bukan kali pertama tawaran ini diusulkan kepada orang ramai untuk membunuh Trump. Sebelum ini seorang eulogist yang bercakap pada pengebumian Jeneral Soleimani mahu memberikan $ 80 (RM326 juta) juta untuk ‘sesiapa yang berjaya mendapatkan kepala Trump’.

Kematian Jeneral Soleimani di Lapangan Terbang Baghdad – seorang wira di Iran tetapi musuh di mata Barat – membawa kepada upacara berkabung terbesar di Iran.

Presiden dan penasihatnya sehingga ke hari ini menafikan kenyataan Barat bahawa General Soleimani adalah ancaman kepada AS.

Donald Trump sebelum ini mengaku telah mengeluarkan arahan agar Soleimani di bunuh. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Komander Tertinggi Iran Terbunuh Dalam Serangan Udara Amerika Syarikat Di Baghdad

Amerika Syarikat Bersiap Sedia, Jet Pejuang Iran Berlepas Ke Ruang Udara Baghdad

Justin Trudeau Percaya Wujud Konspirasi Yang Membunuh Ahli Akademi Kanada Dalam Nahas Kapal Terbang Di Iran

Sumber