Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan dan juga ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai ahli UMNO berkuat kuasa dengan serta merta selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti berkenaan.

Beliau mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi akaun rasmi milik beliau dan Twitter sebentar tadi. Antara sebab utama beliau memilih untuk keluar daripada UMNO adalah kerana beliau berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau turut melihat tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini di masa akan datang.

“UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengetepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk,” katanya.

Selepas kekalahan di PRU14, ini merupakan satu lagi tamparan hebat buat parti UMNO. Tidak dinyatakan ke parti mana Tok Pa akan membawa diri dan sebarang kenyataan rasmi akan diumumkan menerusi laman Twitter rasmi milik Datuk Seri Mustapa Mohamed di masa akan datang.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!