Ketum merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara dan tengah Malaysia. Tumbuhan ini dikatakan mempunyai khasiat tersendiri bagi membantu meningkatkan kesihatan. Namun begitu, tumbuhan ini sering disalahgunakan oleh sesetengah individu hingga boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberi cadangan untuk menanam ketum sebanyak lima pokok bagi setiap rumah dilihat mampu membantu taraf ekonomi penduduk tempatan terutama golongan pekebun kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Sinar Harian

Menurut beliau lagi, dengan penanaman ketum ini mampu meningkatkan kestabilan ekonomi penduduk tempatan dan mengelakkan mereka daripada bergantung kepada subsidi yang diberikan kerajaan.

“Ketum mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan dapat menambah pendapatan penduduk terutama ketika harga sawit dan getah mengalami kejatuhan.” ujarnya ketika ditemu bual.

Menurut satu kenyaatan beliau kepada Sinar Harian, bahawa cadangan ini pernah diusulkan beliau ketika masih memegang jawatan sebagai pengerusi RISDA namun ditolak ketika itu.

Sumber: KLXpress

Tambah beliau lagi, “pihak kerajaan juga boleh mengenakan cukai ke atas penjualan ketum dan hasil cukai berkenaan boleh digunakan untuk mengadakan program motivasi, cegah dadah dan sebagainya,”

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa memastikan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada berkaitan ketum sentiasa diteruskan. Beliau turut berkata, “Selagi akta berkaitan ketum itu berkuat kuasa pihak polis akan melaksanakan undang-undang berkenaan.

Selain penanaman ketum, buah mempelam Harum Manis merupakan buah yang sangat terkenal di negeri Perlis. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Cerita Susah Payah Di Sebalik Untung RM75,000 Menjual Harum Manis Dalam Masa 5 Minggu

7 Makanan Anda Patut Cuba Jika Singgah Ke Perlis

 

 

Sumber