Ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah memberi dana kepada muzium British untuk menubuhkan dua galeri baru bagi mempamerkan kesenian Islam. Dana itu di sumbang melalui Albukhary Foundation. Laporan Malay Mail Online menyebut, dana itu penting untuk membuatkan orang ramai sedar akan nilai seni dan artifaks dunia Islamik seterusnya membersihkan tanggapan orang ramai bahawa Islam itu Militan. Beliau juga menambah, apa yang jadi di dunia sekarang ini memusnahkan warisan islamik merujuk kepada serangan militan di beberapa negara Islam.

Langkah muzium British ini adalah untuk memastikan sejarah Islam terus kekal dan kesinambungan kepada kejayaan pameran 2012 “Hajj: journey to the heart of Islam” yang berjaya menarik kunjungan 150,000 pelawat. Anda boleh membaca artikel penuh di Malay Mail Online.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram