Dalam usaha membangunkan semula sektor perikanan, Bekas Menteri Perikanan Sri Lanka, Dilip Wedaarachchi sanggup meratah ikan mentah ketika sidang media di Colombo yang berlangsung dua hari lepas kerana mahu membuktikan ikan bukan penyebab jangkitan COVID-19.

Tindakan spontan ahli politik itu dilakukan bagi menyakinkan orang ramai untuk membeli ikan dari Sri Langka selepas sektor perikanan di negara itu terjejas teruk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dianggarkan sekitar puluhan ribu tan ikan yang tidak terjual tersadai di Pusat Pasar Ikan Oktober lalu. Ia bermula apabila hampir ribuan kes jangkitan COVID-19 dicatatkan menerusi penularan di pasar borong berkenaan.

Disebabkan itu, warga Sri Lanka mula rasa ragu-ragu untuk makan ikan. Walaupun harga ikan turun secara mendadak, orang ramai masih lagi berkeras hati untuk tidak membeli ikan yang dikhuatiri menjadi agen penyebaran.

“Saya merayu kepada anda semua untuk terus membeli ikan. Bantu nelayan-nelayan Sri Lanka yang dibebani hutang. Usah takut, ikan bukan punca jangkitan COVID-19,” ujar Weedaarachchi di sidang media berkenaan.

“Saya akan makan ikan mentah ini untuk buktikan kepada anda bahawa tiada jangkitan COVID-19 berlaku kepada saya,” katanya sambil menggigit ikan mentah di tangannya.

Industri perikanan di Sri Lanka lumpuh disebabkan rakyatnya tidak membeli ikan sebagai sumber makanan harian. Kesannya, nelayan-nelayan di negara tersebut tidak lagi ke laut untuk menjalankan operasi menangkap ikan seperti biasa.

Dalam perkembangan lain, Tony Fernandes dilaporkan menjual hartanah 125 ekar miliknya di Scotland. Klik pautan untuk membacanya.  

Selepas Menjadi ‘Rider’ Makanan, Tony Fernandes Dilaporkan Jual Hartanah 125 Ekar Di Scotland

Terkesan Dengan Penularan Wabak COVID-19, Luke’s Lobster Di Osaka Telah Ditutup Secara Rasmi

Sumber