Datuk Bandar dan ahli politik di Jepun, Takashi Kawamura, yang tular beberapa  minggu lepas disebabkan menggigit pingat Olimpik Tokyo milik pemain softball Jepun, Miu Goto telah disahkan positif COVID-19. Kejadian beliau menggigit pingat emas itu disiarkan secara langsung di televisyen dan selepas itu, beliau teruk diserang oleh rakyat Jepun.

CNN melaporkan tindakan beliau menggigit pingat tersebut telah merekodkan 8,000 aduan yang dibuat kepada Dewan Bandaraya Nagoya. Sebahagian pula membuat aduan mengenai tingkah laku Kawamura yang tidak peka dengan tahap kebersihan di musim wabak COVID-19.  Sejak kejadian itu, istilah ‘pingat kuman’ dipopularkan dan mula diguna pakai di laman sosial untuk merujuk kepada kejadian terbabit, lapor BBC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
8
Mainichi

Pada 1 September lalu, Nagoya mengumumkan bahawa Kawamura telah disahkan positif untuk COVID-19. Beliau mengetahui hal ini apabila membuat ujian setelah salah seorang setiausahanya yang berusia 30 tahun diuji positif COVID-19 pada 29 Ogos, lapor The Asashi Shimbun.

Bagaimanapun, Wakamura difahamkan sudah pun mendapatkan vaksin dan menerima dos kedua pada bulan Julai 2021, seperti yang dilaporkan oleh Japan Times. Dia juga dikatakan tidak mengalami apa-apa gejala yang teruk dan tugasnya kini diambil alih buat sementara waktu oleh pegawainya yang lain.

Terdahulu,  The Vocket melaporkan kejadian Kawamura menggigit pingat yang berlaku pada 4 Ogos yang lalu, di mana dia ketika itu mengadakan majlis menyambut Goto di Nagoya untuk mengucapkan tahniah di atas jasanya menghadiahkan pingat emas buat Jepun dalam acara softball.

Semasa sesi mengambil gambar, Kawamura memberi isyarat agar Goto meletakkan pingat di lehernya. Tidak lama selepas itu, dia telah menanggalkan pelitup mukanya dan menggigit pingat tersebut. Dia seolah-olah cuba meniru gaya yang sering dilakukan oleh atlet di sukan Olimpik ketika mereka memenangi pingat.

Sejak itu, Kawamura teruk dihentam oleh masyarakat Jepun. Dia juga telah mengeluarkan kenyataan maaf dan bahkan menawar untuk gajinya dipotong tiga bulan sebagai hukuman terhadap kelakuan beliau.

Pingat emas Goto dikatakan telah ditukar baharu setelah kejadian terbabit. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Pingat Emas Atlet Jepun Terpaksa Diganti Baharu Setelah Digigit Oleh Ahli Politik

Kahwin Di Setiap Tempat Yang Dilewati, Ahli Politik Thailand Catat Rekod Miliki 120 Isteri

Agong Nasihat Ahli Politik Muhasabah Diri, Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik