Rancangan Running Man sudah masuk 10 tahun bersiaran dan pastinya membuat anda ketawa dengan telatah yang ditonjolkan oleh ahli-ahli rancangan tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap ahlinya sentiasa bekerja keras untuk membuat penonton terhibur. Bagi anda yang mengikuti Ji Suk Jin iaitu salah seorang ahli tetap Running Man, pastinya anda sering melihat perkongsian video dan gambar beliau yang lucu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, video beliau di TikTok yang berdurasi 15 saat dikongsikan di Twitter telah menjadi perhatian ramai pihak. Mana tidaknya, video tersebut perlihatkan Ji Suk Jin ‘miming’ lagu Izinkan.

https://twitter.com/SBSRunningManKR/status/1219928473537372165

Lebih melucukan apabila beliau menggunakan filter dimana membuatkan mulut beliau kelihatan besar lalu ‘miming’ lagu tersebut. Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan cukup kagum dengan kesungguhan beliau yang kelihatan smooth miming lagu tersebut.

Nampaknya lagu-lagu Melayu pun kini seperti mula berkembang di Korea Selatan. Tahukah anda bahawa anda boleh lihat bahasa Melayu pada papan tanda di beberapa tempat di Korea Selatan?

Hargai Pelancong Malaysia, Korea Selatan Martabatkan Bahasa Melayu Pada Papan Tanda

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Wanita Ini Jumpa Suaminya Yang ‘Hilang’ Dalam Video TikTok