Ahmad Danish Aqil Ahmad Fakhrul Azizi, telah disahkan mengidap penyakit autisme ketika berumur 2 tahun yang mana perkembangannya tidak sama seperti kanak-kanak yang lain.

Tetapi, itu tidak mematahkan semangat anak berusia 11 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parang Puting untuk berjaya seperti anak-anak yang lain.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Danish kini terkenal dengan bakat menulis khat dan dikesan telah menghafal beberapa surah di dalam al-Quran. Semuanya disebabkan tabiat ayahnya yang sering memasang ayat suci al-Quran kepada anaknya.

Sejak daripada itu, Danish dilaporkan sudah mula menghafal beberapa surah penting di dalam al-Quran antaranya ialah Ar-Rahman, Al-Insan, Al-Waqiah, Al-Mulk dan Yasin.

Bercakap kepada Berita Harian, bapanya Ahmad Fakhrul Azizi Fauzi, 37, berkata bakat anaknya mula dikesan ketika berumur 8 tahun. Ketika itu, Danish hanya meminati lukisan 3D. Walau bagaimanapun, dia mula menunjukkan minat dalam menulis khat dan menghafaz al-Quran.

Tambah ayahnya lagi anaknya adalah insan istimewa yang telah dianugerahkan dengan kekurangan dan dalam masa yang sama satu kelebihan yang tidak semua orang normal mampu capai.

Danish meraung waktu dengan surah Al-Waqiah

Keluarga yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan ini ada kisah menarik di sebalik kelebihan yang dimiliki oleh Danish. Kata mereka, ada satu masa ketika dipasang surah Al-Waqiah, Danish tiba-tiba meraung seperti kesakitan.

Apabila mereka memeriksa terjemahan, rupa-rupanya ia adalah maksud ayat bagi orang yang melakukan dosa bakal menerima azab di akhirat kelak.

Kelebihan menghafal al-Quran bersama-sama dengan maksud adalah sebuah nikmat yang mahu dikecapi oleh setiap muslim. Tambahan pula jika kita dapat menguasainya di usia seperti Danish.

Seorang gadis di Indonesia berjaya menghafal al-Quran dalam masa tidak sampai sebulan. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Gadis Ini Kongsi Rahsia Hafal 30 Juzuk Al-Quran Dalam Masa Tidak Sampai Dua Bulan

Kilang Percetakkan Al-Quran Di Madinah Ini Mencetak Hampir 18 Juta Naskhah Setahun

Anda Mungkin Suka