Setelah agak lama menantikan berita siapa yang akan menggalas tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah dipilih bakal memegang jawatan ini untuk tempoh dua tahun.

Ianya disahkan oleh menteri Kementrian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan pagi tadi bagi menggantikan pemangku, Shakib Ahmad Shakir yang menjalankan tugas sebagai CEO sejak empat bulan lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Shakib untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan berkenaan. Kita berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baru ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini,” kata Gobind kepada Harian Metro.

Sebelum menjadi pengarah, Ahmad Idham mula mengukir nama dalam bidang lakonan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan di Institut Teknologi Mara (ITM; kini Universiti Teknologi MARA) dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang seni.

Antara filem yang pernah diarah oleh Ahmad Idham sebelum ini adalah Remp-It, Tentang Bulan, Impak Maksima, Congkak, Adnan Sempit dan Pencuri Hati Mr. Cinderalla. Semoga Finas akan jadi lebih baik berada di bawah kendalian Ahmad Idham.

Sumber