Hampir setiap minggu ada sahaja kejayaan yang berjaya diraih oleh Elon Musk. Begitu juga kami yang sangat teruja dengan kejayaan beliau. Sekiranya pada minggu lepas beliau berjaya melancarkan Tesla Model 3, pada minggu ini AI ciptaan syarikat dibawah kelolaan beliau berjaya mengalahkan antara pemain terhebat Dota di dalam perlawanan tersebut.

Apakah yang menarik disebalik kejayaan ini? Untuk pengetahuan anda Dota merupakan sebuah game strategi dimana seseorang perlu mengawal berfikiran kritis dan cekap untuk memenangi perlawanan tersebut. Sebelum ini, AI yang diciptakan gagal untuk membuatkan individu hebat dalam permainan ini sehinggalah OpenAI menjadi yang pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen_Shot_2017-08-12_at_7_44_43_PM

Berita ini bukan sahaja mengejutkan ‘Dendi’ sebagai wakil ‘manusia’ di dalam pertarungan ini malah orang ramai. Jelaslah kemajuan AI sudah berjaya melangkaui kehebatan manusia di dalam beberapa aspek.

Difahamkan kemajuan AI ini juga bakal memberi ancaman kepada manusia sekiranya tidak dibendung. Ya, perkara ini tidak hanya berlaku di dalam filem pada masa hadapan. Difahamkan kemajuan AI bakal digunakan untuk mengawal masalah kepupusan dan peperangan pada masa akan datang. Berikut merupakan pendapat Elon Musk mengenai kemajuan AI.

Buat anda peminat Dota diluar sana atau yang berminat untuk mengetahui bagaimana Dendi berjaya dikalahkan, ini merupakan sedutannya.

Sumber