Siapa sangka, teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) juga mampu untuk menggantikan kerja penulis blog. Bukan itu sahaja, teknologi ini terbukti mampu untuk menghasilkan penulisan yang dibaca ramai.

Semuanya bermula apabila seorang pelajar bernama Liam Porr cuba untuk menghasilkan sebuah laman web menggunakan teknologi AI dalam usaha untuk mengeluarkan berita berkenaan sekuriti digital serta AI untuk bacaan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
fake-blog_sfcm
Laman web milik Liam Porr. Sumber: Mashable

Tanpa disedari beliau, laman yang dihasilkan berjaya meraih bacaan yang tinggi daripada orang ramai sekaligus membuktikan kehebatan AI yang digunakan. Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan penggunaan AI ternyata sangat mudah sekaligus memberi bayangan mengenai masa depan dunia internet.

Menerusi perkongsian, AI yang digunakan beliau adalah GPT-3 iaitu salah satu produk yang dihasilkan oleh syarikat OpenAI milik Elon Musk.

Article-2-Image-1-Apr-2018

Di sebalik mudahnya menggunakan AI, Liam Porr turut mengakui masih banyak yang perlu dipertingkatkan pada GPT-3 lebih-lebih mengenai isu penyebaran berita palsu. Setakat ini GPT-3 keluaran OpenAI masih belum sedia ditawarkan untuk kegunaan orang ramai.

Minggu ini turut menyaksikan syarikat gergasi teknologi seperti Microsoft, Amazon dan Google menyatakan minat untuk membantu bidang IT Malaysia.

Microsoft, Amazon Dan Google Berminat Untuk Membantu Bidang IT Malaysia

RM295,950 Hangus Selepas Remaja 14 Tahun Menjadi Mangsa ‘Scam’ Rakan PUBG

Sumber