Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27 telah diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim pertama. Akhirnya terjawab misteri suara merdu di sebalik topeng dan kostum berbentuk Bunga Raya yang dipakai oleh Aina.

“Aina ingin menjadi seseorang penyanyi yang lain daripada diri Aina sekarang,” Kata Aina kepada khalayak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para juri diberi peluang untuk meneka tiga pilihan selebriti dan Angah Raja Lawak antara juri berjaya untuk meneka bahawa Aina Abdul yang memakai kostum tersebut.

AINA ABDUL 2
SUMBER: GEMPAK.COM

Aina berjaya meraih markah tertinggi daripada pihak juri setelah selesai mendendangkan dua buah lagu iaitu Malam Ini Kita Punya nyanyian asal kumpulan Bunkface dan Listen oleh Beyonce.

Aina turut berentap di pentas akhir bersama beberapa orang lagi peserta iaitu Rajah Brooke, Orang Utan, Wau dan Enggang. Siapakah mereka?

Bekas peserta Ceria Popstar musim ketiga, Vanessa Reynauld merupakan individu misteri yang menyarung kostum Rajah Brooke. Dikatakan Datuk Aznil Haji Nawawi berjaya meneka bahawa Vanessa yang memakai kostum tersebut.

“Saya masih baru dalam industri muzik Malaysia, Saya menyangkakan tiada juri yang boleh meneka saya dalam rancangan ini,” Jelas Vanessa kepada penonton.

Sementara itu, tempat ketiga pula jatuh kepada Tuju K-Clique yang mengenakan kostum Orang Utan. Para juri juga berjaya meneka Tuju dan beranggapan kostum Orang Utan merupakan simbolik buat Tuju bagi mewakili Sabah dalam rancangan tersebut.

Manakala, kostum Wau yang dipakai oleh penyanyi Datin Alyah menduduki tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasi musim pertama, Vince Chong di tempat kelima.

Idea program realiti popular ini telah diadaptasi dari negara Korea Selatan, The King Of Mask Singer. Francais program ini juga diadapatasi di negara-negara lain seperti Thailand, Indonesia, China dan Amerika Syarikat.

Kepada peminat Aina Abdul, berikut beberapa perkongsian pautan artikel mengenai beliau. Jangan lupa like Facebook dan follow Twitter kami.

Persembahan ‘Live’ Aina Abdul Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Beliau

Umpama ‘Mocking’ Orang Susah, Program Realiti The House Mendapat Kecaman Netizen