Kalau anda peminum setia air jenama Coca-Cola, Coca-Cola telah memperkenalkan satu lagi produk mereka yang lebih sihat untuk diminum, Coca-Cola Plus.

Kenapa produk Coca-Cola ini dikatakan sihat? Sebabnya terdapat kandungan fiber yang lebih dalam air ini. Disamping itu, kandungan gula yang terdapat dalam Coca-Cola Plus pun dikurangkan berbanding yang original dan sifar kalori.

Menurut Coca-Cola, lemak dari makanan akan kurang diserap ke dalam badan apabila minum Coca-Cola Plus kerana kandungan fiber yang terkandung dalam air ini membantu menyingkirkan lemak berkenaan.

Kandungan lain yang terdapat di dalam Coca-Cola Plus pun dikatakan bagus untuk kesihatan. Seperti biasa, Coca-Cola Plus akan dilancarkan di Jepun dahulu bermula 27 Mac dengan harga USD1.40 (lebih kurang RM6). Anda percaya manifesto yang dikeluarkan Coca-Cola ini? Kalau kami ke Jepun, nanti kami cuba air ini.