Dua buah Air Force One iaitu Special Air Mission 28000 dan 29000 yang digunakan pada masa kini berusia lebih 20 tahun. Ia pertama kali digunakan pada 1990. Menurut laman web White House Museum, Air Force One yang baru akan mula digunakan pada tahun 2017. Kemungkinan akan menggunakan kapal terbang model Boeing 747-8 dan Boeing 787.

Air Force One bukanlah nama rasmi kapal terbang Presiden Amerika Syarikat. Ia adalah kod rasmi yang digunakan apabila menerbangkan Presiden Amerika Syarikat di ruang udara. Jika helikopter digunakan oleh Presiden, ia akan menggunakan kod Marine One. Kod Air Force One digunapakai selepas timbul insiden kekeliruan apabila kapal terbang presiden menggunakan kod yang sama dengan kapal terbang komersil pada tahun 1953.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Air Force One menggunakan kapal terbang model Boeing 747-200B yang diubahsuai mengikut keperluan presiden. Ia adalah model kapal terbang presiden yang terbaru dan terbesar dengan memiliki kemampuan untuk:

  1. Perjalanan jarak jauh
  2. Mengisi bahan bakar/minyak di ruangan udara
  3. Mendarat dan beroperasi di lapangan terbang di seluruh dunia

White House versi terbang ini memiliki 4,000 kaki persegi keluasan lantai dalaman. Ia mempunyai:

  1. Bilik persidangan/ruang makan
  2. Kuarters untuk Presiden dan wanita pertama
  3. Ruang pejabat untuk kakitangan kanan
  4. Satu bilik pejabat yang boleh ditukarkan menjadi kemudahan perubatan apabila perlu
  5. Ruang bekerja dan berehat untuk kakitangan presiden, wakil-wakil media dan krew Air Force One
  6. Dua galley yang boleh menampung 100 makanan dalam satu masa
  7. Radio Multi-frekuensi untuk udara-ke-udara, udara-ke-darat dan komunikasi satelit

Dari segi keselamatan, teknologi avionik dan pertahanan yang digunakan ke atas Air Force One dirahsiakan. Secara umum, Air Force One direka agar dapat bertahan dari serangan di udara. Ia dilengkapi dengan alat elektronik canggih hingga boleh mengganggu radar musuh. Ia juga boleh mengalih perhatian misil melalui pembebasan suar.

Dengan ciri-ciri tersebut, Air Force One dikatakan sebagai kapal terbang paling selamat di dunia. Perbezaan yang ketara di antara Air Force One dan kapal terbang Boeing 747 yang biasa ialah navigasi, alat elektronik dan komunikasi, susun atur dan hiasan dalaman serta perabot, ruangan beg, dan pintu.

Pelan dalaman Air Force One:

original2

Pendedahan ciri dan dalaman Air Force One:

01 length description

02 outside president suite

03 two exit door

04 exit staircase

05 hidden flares

06 wings

07 body of the plane

7a plane

08 windows

09 plane tv

10 85 phones

10a phones plane

12 flying oval office

13 situation room

14 seal air force one

Sumber: Boeing, White House Museum, Business Insider

LIKE Facebook The Vocket disini