Akhirnya jenama kasut terkenal Jordan telah mendedahkan model keempat dan mungkin yang terakhir untuk model Air Jordan 1 Retro High OG yang dinamakan sebagai ‘Blue Moon’.

Edisi ini menggunakan rekaan yang sama seperti model ‘Black Toe’. Fabrik suede berwarna biru telah digunakan pada bahagian tumit, pergelangan kaki kasut, dan pada bahagian logo swoosh. Warna biru sekali lagi digunakan pada bahagian tapak kasut ini untuk menyerlahkan lagi rekaan kasut ini.

Kepada yang berminat ingin membeli kasut Air Jordan 1 Retro High OG ‘Blue Moon’ ini anda boleh mendapatkannya pada 1 Mei ini di laman web Nike. Kasut ini bakal mula dijual dengan harga $160 (RM 620.80).

❄️❄️❄️❄️

A post shared by # Carlos Prieto (@chinojp3) on

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤