Kasut inilah yang menjadikan Nike berada di puncak sehingga ke hari ini. Model Nike Air Jordan 1 sangat dinanti-nantikan peminat sneakerhead tegar dan bergembiralah kerana model ini akan memasuki pasaran Malaysia.

JD Sports Malaysia berkongsi di laman Instagram yang kasut ini akan dijual pada hari Sabtu ini. Kuantiti, cara jualan dan JD Sports cawangan mana yang akan menjual model ini masih belum diberitahu.

Peminat-peminat OG Air Jordan sudah boleh bersiap sedia untuk membeli model ‘Bred Toe’ ini. Nampak gaya kasut ini diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi. Bertabahlah mungkin anda perlu berebut dengan resellers untuk membeli kasut ini pada hari Sabtu ini. Semoga berjaya.