Sempena menyambut ulang tahun ke 30 tahun, Air Jordan telah mengeluarkan semula model kasut klasik mereka iaitu Air Jordan 3 Flyknit “Black Cat”.

Kasut yang direka oleh Tinker Hatfield ini pada kali ini telah diberi sentuhan material flyknit. Bahagian atas kasut ini mempunyai tekstur yang menyerlah dengan warna kulit gajah serta campuran kulit licin yang mengikut rekaan asal Air Jordan 3. Selain itu, warna hitam berkilat pada bahagian tepi kasut meryerlahkan lagi kasut Air Jordan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut Air Jordan 3 Flyknit “Black Cat” ini bakal ditawarkan pada harga $220 (RM864.27) dan para pengguna boleh mula mendapatkannya seawal 18 Mac ini.

air-jordan-3-flyknit-aq1005-001-6

air-jordan-3-flyknit-black-cat-another-look-0000b

air-jordan-3-flyknit-closer-look-002

air-jordan-3-flyknit-closer-look-003