Agensi Angkasa Eropah mengatakan pada hari Jumaat lalu bahawa air kencing manusia suatu hari nanti boleh menjadi bahan yang bernilai dalam membuat konkrit untuk membina pangkalan di bulan.

The Associated Press melaporkan bahawa Badan Angkasa mengatakan para penyelidik sedang melakukan satu kajian terhadap air kencing manusia. Bahan organik yang ada di dalam air kencing, dapat membantu dalam membuat campuran untuk konkrit yang lebih lembut pada awalnya sebelum mengeras untuk membentuk dinding yang kuat.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Agensi angkasa menyatakan bahawa mereka hanya menggunakan bahan yang terdapat di bulan untuk membina pangkalan di sana, manakala kerja binaan yang lain akan mengurangkan keperluan untuk membekalkan bahan dari bumi.

Bahan utama dalam pembuatan konkrit ini adalah tanah serbuk yang terdapat di permukaan bulan yang dikenali sebagai regolith lunar.

ESA mengatakan bahawa urea, yang dapat memutuskan ikatan hidrogen dan mengurangkan kelikatan campuran cecair, akan membatasi jumlah air yang diperlukan dalam “resipi” pembuatan konkrit di bulan.

“Berkat penghuni bulan pada masa depan, 1.5 liter sisa cecair yang dihasilkan setiap hari dapat menjadi produk sampingan yang menjanjikan penerokaan ruang angkasa,” kata ESA dalam satu kenyataan.

Di Bumi, urea digunakan sebagai baja industri dan bahan mentah oleh syarikat kimia dan perubatan.

“Harapannya adalah bahawa air kencing angkasawan dapat digunakan kerana mereka akan berada di bulan pada masa depan, dengan sedikit penyesuaian terhadap kandungan air,” kata pengarang bersama kajian Marlies Arnhof dalam satu pernyataan ESA.

Untuk bacaan lanjut mengenai NASA, klik pautan di bawah.

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Tular Perkongsian Bekerja Di NASA, Dr Amani Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Status Biasiswa NASA Meragukan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar

Anda Mungkin Suka