Sebelum ini, Zoo Negara dikhabarkan hanya mampu bertahan hingga April kerana bekalan kewangan yang tidak mencukupi. Berikutan itu, orang ramai mula menyalurkan dana agar Zoo Negara tetap dapat bertahan.

Malah, Zoo Negara turut telah dibenarkan beroperasi dan pastinya ramai orang sudah mula mengunjungi Zoo Negara terutama sekali sekarang cuti sekolah. Akan tetapi, perkongsian seorang pengguna Facebook Kinz Lai berhubung keadaan di Zoo Negara menarik perhatian ramai orang.

Apa yang mengejutkan, keadaan Zoo Negara seperti tidak diselenggara dengan baik dan haiwan-haiwan di dalam zoo turut kelihatan menyedihkan. Mana tidaknya, tangki berlumur, air kotor dan banyak lagi menzahirkan rasa kecewa Kinz Lai.

Menurutnya, sepatutnya pihak Zoo Negara menyelenggara tempat tersebut dengan baik disebabkan jualan tiket sudah meningkat dan juga mendapat sumbangan dana daripada orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan keadaan Zoo Negara yang kotor dimana seharusnya ia diperlihara kerana membawa imej negara.

Screenshot 2021-04-02 at 12.15.52 PM

Screenshot 2021-04-02 at 12.16.36 PM

Screenshot 2021-04-02 at 12.17.06 PM

Para netizen turut tertanya-tanya kemana wang yang mereka telah salurkan kepada pihak Zoo Negara apabila melihat keadaan zoo yang tidak terurus ini. Apakah pendapat anda setelah melihat gambar-gambar ini?

Sementara itu, kami kongsikan berita berkaitan Zoo Negara pada pautan di bawah ini.

‘Merayu Dibenar Beroperasi Jika PKP Berlanjutan’- Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Hingga April Ini

Bukan Setakat Manusia, Haiwan Di Zoo Negara Juga Dapat Bantuan Ustaz Ebit Liew