Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tampil di khalayak ramai baru- baru ini. Namun kemunculannya kali ini dilihat lebih kurus daripada biasa sehingga membuatkan ramai rakyat Korea Utara sedih melihat keadaannya yang seperti tidak sihat.

Memetik laporan berita media Korea Utara, KRT dan beberapa media antarabangsa. Kim Jong Un kelihatan lebih kurus dan langsing dalam foto yang beredar pada minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang lelaki yang tidak mahu dikenali memberitahu media bahawa kebanyakan orang sedih melihat keadaan pemimpin kesayangan mereka yang semakin kurus dan nampak seperti tidak sihat.

collage
Foto yang berlegar di media antarabangsa menunjukkan perbezaan Kim Jong Un dulu dan sekarang.

Dalam siaran KRT, penduduk Pyongyang dilihat menonton layar besar di jalan utama yang memaparkan konsert yang dihadiri oleh Kim Jong Un dan pegawai Parti Pekerja Korea. Sehingga kini, masih belum jelas mengapa Kim Jong Un kelihatan lebih kurus daripada sebelumnya.

Hong Min, seorang penganalisis kanan di Institut Penyatuan Nasional Korea di Seoul, menolak spekulasi bahawa Kim Jong Un dijangkiti penyakit. Menurutnya, penurunan berat badan Kim Jong Un terjadi disebabkan oleh usahanya untuk kelihatan lebih sihat.

“Sekiranya dia mempunyai masalah kesihatan, dia tidak akan keluar di depan umum untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea,” kata Hong.

Untuk rekod, Kim Jong Un terkenal sebagai peminum dan perokok. Dia berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung. Ayah dan datuk Kim Jong Un, Kim Jong Il dan Kim Il Sung, meninggal dunia kerana masalah jantung. Pakar juga mengatakan bahawa berat badan Kim Jong Un sebelumnya berpotensi menyebabkan penyakit kardiovaskular.

Akibat langgan pelajar kolej ‘kegemaran’ Kim Jong Un, empat pegawai atasan dihukum mati. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Akibat Langgan Pelajar Kolej ‘Kegemaran’ Kim Jong Un, Empat Pegawai Atasan Dihukum Mati

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un