Ini mungkin antara model Air Max 97 paling menarik untuk tahun ini. Bagi menyambut kegemilangan Cristiano Ronaldo di dalam sukan bola sepak, Nike melancarkan kasut edisi khas Air Max 97 untuk duta kesayangan mereka ini.

Ianya akan hadir dengan warna emas dengan kemasan kulit dan mesh serta tanda nama CR7 di bahagian belakang kasut ini. Menarik tentang kasut ini adalah inspirasi rekaannya yang diambil dari kisah sewaktu Ronaldo kecil. Dahulu, apabila kasut bola yang dipakai Ronaldo terkoyak, ibunya akan menampal kembali kasut berkenaan. Di sinilah datangnya inspirasi untuk rekaan tampalan pada bahagian tepi kasut ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malangnya kasut ini hanya akan dijual di butik Nike terpilih di Eropah sahaja. Ianya akan mula dijual bermula hari Isinin minggu hadapan. Jika berminat, kalau anda ada rakan yang tinggal di sekitar Nike Town London, kasut ini mungkin akan dijual di sana. Boleh minta rakan anda tolong belikan.

nike-air-max-97-cr7-02-1440×960