Satu sesi sampling yang dilakukan oleh pihak Singapore Food Agency (SFA) terhadap satu jenama pembekal air minuman dari Malaysia, Starfresh mendapati air botol tersebut mengandungi bakteria berbahaya.

Keputusan ujian makmal mendapati air botol 1.5 liter dengan tarikh luput 13 May 2021 ini mengandungi pseudomonas aeruginosa. Untuk pengetahuan, bakteria ini sering ditemui dalam najis, tanah dan loji pembentungan. Meminum air yang tercemar dengan bakteria ini akan mengakibatkan jangkitan kuman.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

starfresh-bottled-drinking-water

Hasil makmal ini seterusnya memaksa pihak berkuasa Singapura untuk menarik balik jualan jenama tersebut dari pasaran. Pengguna yang telah membeli jenama tersebut dinasihatkan untuk tidak menggunakannya.

Anda Mungkin Suka