OMG! Macam pengalaman adik semasa dia praktikal di Indonesia dulu. Terus hantar mesej kepada keluarga. Mungkin beginilah apa yang telah berlaku kepada adik. Bezanya, adik selamat. Alhamdulillah.

Apabila menonton sebuah filem yang jalan ceritanya pernah berlaku di dalam hidup kita atau orang yang kita kenali, pasti rasanya begitu lain sekali. Ini yang saya dapat rasakan apabila menonton The Shallows.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia mengisahkan seorang anak yang tidak dapat move on dari kematian ibunya. Lalu dia, Nancy (Blake Lively) memilih untuk menyendiri di sebuah tempat yang mempunyai memori istimewa antara ibu dan dirinya.

Tempat itu adalah sebuah pantai lagun terpencil yang mempunyai pemandangan yang cantik berdepan dengan pulau seperti orang bunting. Ia jarang dikunjungi oleh pengunjung luar dan nama tempat itu dirahsiakan oleh orang yang membawanya ke situ. Pelik!

Kus semangat! Kurang dari 2 minit pertama saya sudah tersentak akibat kejutan yang diberikan dalam bentuk lost footage. Waktu itu saya yakin 87 minit menonton filem thriller ini tidak sia-sia. Benarkah?

Nancy menghubungi adiknya bagi memaklumkan dia telah sampai ke tempat tersebut. Kemudian, ayahnya mengambil alih dan mulalah sesi ayah memujuk anak sulungnya itu.

Nancy nekad berhenti belajar perubatan walaupun dia telah hampir tamat pengajian gara-gara ibunya gagal diselamatkan. Menurutnya untuk apa itu semua jika akhirnya semua orang akan mati. Dia rasa hidup ini sia-sia.

Nancy segera melenyapkan suara ayahnya. Perbualan itu telah menyebabkan mood Nancy berubah. Lalu menyarungkan sut berenang dan mengelek papan luncur menuju ke pantai walaupun waktu itu telah hampir senja. Katanya dia mahu meluncur lagi sekali sebelum malam tiba.

Tatkala Nancy gembira meluncur, bayangan ikan yu di dalam ombak besar dibelakangnya membuatkan saya gelisah. Ia sama seperti gambar yang pernah viral di media sosial sebelum ini yang dikatakan palsu.

Nancy tidak tahu apa yang melanggarnya sehingga dia jatuh ke dalam laut. Kemudian dia nampak ikan yu menuju ke arahnya. Walaupun sebelum ini dia kata hidup ini tiada makna, dia memutuskan untuk menyelamatkan dirinya daripada jadi makanan ikan yu.

Bahagian inilah yang lebih kurang sama dengan pengalaman adik saya. Sewaktu dia praktikal di Indonesia dalam bidang ikan, dia selalu meluangkan masa petang untuk mandi di pantai yang cetek.

Ada satu hari itu semasa sedang mandi-manda, dia tetiba nampak sirip ikan yu. Apa lagi dia pun terus berenang ke kawasan batu-batuan yang dikelilingi terumbu karang. Dia duduk menunggu di situ hingga tidak lagi kelihatan ikan yu tersebut.

Setelah berusaha memastikan ikan yu tiada, dia bertawakal kepada Allah dan terus berenang dengan sekuat daya yang ada hingga ke tepi pasir pantai. Alhamdulillah dia selamat pada hari tersebut.

Begitu juga dengan Nancy yang turut berlindung di kawasan batu-batuan yang dikelilingi terumbu karang. Bezanya, Nancy terperangkap di dalam kawasan seekor ikan jerung yang telah menewaskan ikan paus di tengah pantai.

Semalaman dia di situ ditemani seekor burung camar kecil yang cedera di bahagian sayapnya. Ini mengingatkan saya kepada Wilson yang menjadi kawan kepada Tom Hanks dalam filem Cast Away apabila Nancy mula berbual dengan burung yang dia namakan Steven itu.

Kini jarak Nancy dengan pantai kira-kira 30 buah rumah teres yang setiap satunya lebar 20 kaki. Selepas Nancy merawat kecederaannya, musuh kedua Nancy mula muncul iaitu air pasang. Ini bermakna kawasan tempat Nancy berlindung akan dinaiki air. Uish!

Darah Nancy yang masih menitis menarik perhatian ikan yu. Kaki Nancy juga dah berubah warna ke arah kehitaman. Dia khuatir kondisi ini akan menyebabkan dia makin lemah dan mukanya mula kelihatan pucat.

Walaupun begitu, kita boleh rasa Nancy mahu hidup, dia tidak sesekali mengalah. Kesungguhan itu ditunjukkan oleh Nancy dengan begitu ketara pada 25 minit terakhir. Cara Nancy berlawan dengan ikan yu juga diluar dari jangkaan.

Bagi saya The Shallows antara filem ikan yu moden yang baik untuk ditonton. Ia buat kita berfikir apa yang kita akan lakukan jika berada di tempatnya. Semasa bayangkan itu, saya jadi takut. Apatah lagi tidak pandai berenang.

The Shallows membuatkan kita jadi lebih berhati-hati kerana walaupun pantai cetek, jangan disangka tiada ikan yu akan menghampiri terutama di waktu hampir senja. Ikan yu pula serang orang yang sedang meluncur air kerana menyangkakan ianya penyu (atau haiwan/benda). Ia turut tertarik dengan darah dan bunyi gerakan tangan di air.

Ironi sungguh melihat pertarungan antara hidup dan mati Nancy. Sebelum ini dia menyatakan hidup ini sia-sia dan rasa hopeless apabila ibunya meninggal dunia. Malah, kita boleh rasa betapa putus asanya dia apabila dia menyatakan semua orang akan mati akhirnya. Apabila dia diuji dengan ikan yu, dia sedar dia mahu teruskan hidup ini.

Saya tak boleh terima risiko yang diambil oleh Nancy yang mahu mengambil GoPro terapung hanya semata-mata mahu meninggalkan pesanan. Tapi rasa lucu pula sebab orang dulu tinggal pesanan dalam botol bergabus, orang sekarang tinggal pesanan dalam GoPro dan lemparkan ia ke arah pantai.

Selepas menontonnya, saya senaraikan 7 pengajaran ringkas dari filem ini, iaitu:

1. Perkara atau benda kali terakhir yang kita mahu buat itulah permulaan bagi sebuah dugaan dalam hidup.

2. Memberontak dan melawan cakap ibubapa pasti akan menyebabkan benda buruk akan berlaku nanti.

3. Jika ada hasrat, jangan wish yang bukan-bukan kerana dikhuatiri akan diduga dengan benda yang tak terjangka.

4. Walaupun dilanda dengan pelbagai cabaran dan dugaan, we will fight to the end sebab kita nak hidup, tak nak mati lagi.

5. Manusia tidak akan pernah serik melakukan perkara yang digemari selagi sihat tubuh badan walaupun sudah alami episod traumatik.

6. Tragedy turn into energy dengan usaha menjadi orang yang lebih baik apabila dapat peluang kedua untuk hidup.

7. Don’t panic. Think fast. Mampu ke? Huhu.

Tak sia-sia menonton The Shallows jika suka kisah thriller berdasarkan open water dan jaws. Pilihan muzik latar juga tidak mengecewakan, serasi dengan scenes yang dipaparkan. Itu antara penyebab kita terkejut. Hehe.

Rate: 7/10