Umum tahu masalah bekalan air di Selangor yang berlaku baru-baru ini berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang.

Dilaporkan seramai empat ahli pengarah serta seorang pengurus kilang terdiri daripada adik beradik iaitu Yip Kok Wai, Yip Kok Mun, Yip Kok Kuin, Yip Kok Wong serta pengurus bengkel, Ho Voon Leong mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said sebentar tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sungai-gong

Menerusi pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa telah melakukan khianat dengan membuang bahan buangan mengandungi bahan merbahaya daripada bengkel Yip Chee Send & Sons Sdn Bhd ke dalam alur air yang mengalir ke dalam Sungai Gong yang menjadi bekalan air bagi penduduk setempat.

Pertuduhan kedua yang dikenakan adalah mereka dengan niat bersama telah dituduh melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai tanpa lesen di tempat dan masa yang sama.

INSIDEN PENCEMARAN BAU DI KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI GONG
Sumber: Bernama

Berdasarkan kesalahan yang dibuat, mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dilaporkan selepas mendengar hujah dakwaan dan peguam, mahkamah tidak membenarkan kelima-lima lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Oktober.

Dilaporkan 3 PBT di Selangor mula gunakan ‘body cam’ bagi memantau anggota di lapangan.

3 PBT Di Selangor Mula Gunakan ‘Body Cam’ Untuk Pantau Anggota Di Lapangan

Denda RM1,000 Sedia Dikenakan Buat Peminum Arak Dan Perokok Di Taman Rekreasi Sekitar Selangor

Sumber