Remaja dan cinta berpisah tiada. Benarkah begitu? Mungkin tidak hanya untuk remaja saja kerana setiap insan sememangnya memerlukan cinta.

Tapi lain pula cinta yang dicari oleh 7 remaja ini.  Menurut Ihsan Rosniza, beliau dan 6 lagi rakannya telah mengambil kata sepakat untuk ke air terjun di Jerangkang, Pahang untuk mencari cinta kepada ciptaan Ilahi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula dengan hanya bersembang di group whatsapp dan saling tidak mengenali antara satu sama lain, akhirnya trip ini telah merapatkan lagi ukhuwah antara mereka.

Saya sifatkan trip ini sebagai berjaya kerana perancangan selama 2 minggu berjalan dengan lancar. Sebenarnya bukan mencari cinta kepada kekasih atau buah hati (kalau ada okay je, hehe) tapi lebih kepada cinta kepada ciptaan Allah SWT.

Tiada yang lebih indah daripada menikmati air terjun yang jernih lagi bersih, taburan bintang yang sangat cantik dan kerenah rakan-rakan baru yang buatkan kami tak kering gusi.

Baca: Air Terjun Lepoh Di Selangor Yang Kaya Dengan Ikan Jinak

Berikut sedikit info ringkas yang telah dikongsikan oleh Ihsan tentang lokasi air terjun best ini.

Air terjun Jerangkang terletak di daerah Maran 55km dari Kuantan. Kami menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke base camp, perjalanan mengambil masa 1 jam dari permulaan jalan offroad. Jalan tanah merah dan berlopak tidak sesuai digunakan oleh kenderaan biasa kecuali pacuan 4 roda.

Air terjun magnificent ini terkenal dengan air terjun 7 tingkat dan kolam yang dalam gila, sangat sesuai untuk kaki tiruk! Ada beberapa nama unik diberikan kepada ‘main waterfall’ antaranya, ‘Hilton’, ‘Infinity pool’ dan ‘Shang Ri La’.

Perjalanan dari base camp ke main waterfall perlukan korang hiking antara 30minit  hingga 2 jam, bergantung kepada air terjun mana yang korang tuju. Trail diklasifikasikan sebagai ‘agak mencanak’.

Ihsan juga telah sudi berkongsi gambar-gambar menarik yang telah beliau rakam sewaktu trip ini. Gambar-gambar yang dihasilkan ini menggunakan camera DSLR jenis Canon 5d Mark ii disertakan dengan 2 ‘prime lens’ iaitu Canon 50mm f1.8 dan Canon 20mm f2.8.

Panas-panas macam ni layan gambar air terjun memang best. Dapat terjun sekali lagi double best!

air-terjun-jerangkang-27

air-terjun-jerangkang-26

air-terjun-jerangkang-25

air-terjun-jerangkang-24

air-terjun-jerangkang-22

air-terjun-jerangkang-21

air-terjun-jerangkang-19

air-terjun-jerangkang-18

air-terjun-jerangkang-17

air-terjun-jerangkang-16

air-terjun-jerangkang-15

air-terjun-jerangkang-14

air-terjun-jerangkang-13

air-terjun-jerangkang-12

air-terjun-jerangkang-11

air-terjun-jerangkang-9

air-terjun-jerangkang-8

air-terjun-jerangkang-7

air-terjun-jerangkang-4

air-terjun-jerangkang-3

air-terjun-jerangkang-2

air-terjun-jerangkang-6

air-terjun-jerangkang-5

air-terjun-jerangkang-10

air-terjun-jerangkang-23

Take nothing but pictures, leave nothing but footprints, kill nothing but time – Ihsan Rosniza

Anda juga boleh follow Ihsan di akaun Instagram Ihsan Rosniza untuk lebih banyak gambar menarik daripada hasil fotografi beliau.

Baca lagi: Air Terjun Di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling, Kedah Buat Kami Kata Perghhh