Mengikut statistik, Pakistan merupakan negara no 2 paling ramai penganut agama islam di dunia selepas Indonesia. Selain dari terkenal dengan senibina dan warisan sejarah islam, Pakistan juga kaya dengan panorama keindahan alam semula jadinya yang sangat cantik.

Negara yang terletak di antara India dan Afghanistan ini kami kira dalam senarai negara yang boleh dikunjungi dengan kos sederhana, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Namun bergantung juga pada kemampuan dan cara penguruskan bajet masing-masing.

Jika anda berpeluang melawat Pakistan, jangan lupa berkunjug ke 5 lokasi Air Terjun tercantik yang ada di Pakistan. Di bawah ini kami senaraikan 5 lokasi Air Terjun yang dikatakan paling terbaik ada di sana.

1. Air Terjun Manthoka – Skardu

Air Terjun Monthoka ini merupakan Air Terjun yang sangat popular. Terletak di daerah Skardu, Gilgit-Baltistan, Air Terjun dengan ketinggian 180 kaki ini menjadi tempat tarikan utama untuk aktiviti berkhemah, memancing dan mendaki. Sangat sesuai untuk anda yang suka dengan aktiviti lasak.

2. Air Terjun Naran-Kaghan

Air Terjun Naran ini terletak di lembah Kaghan iaitu bertempat di dalam daerah Khyber Pakhtunkhwa. Air Terjun ini merupakan di antara yang paling top dikunjugi pelancong ketika musim panas.

Suasana dan permandangannya di sini sungguh cantik, ini di antara destinasi yang mesti dikunjungi jika ke Pakistan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!.

3. Air Terjun Gulpur

gulpur

Air Terjun Gulpur terletak di kawasan sekitar daerah Kotli, di Azad Kashmir. Kejernihan air pada Air terjun ini sangat cantik dan jernih sehinggakan ia digelar sebagai Permata Kashmir. Waktu paling sesuai datang ke sini adalah pada musim panas.

4. Air Terjun Farphu

Air Terjun Farphu merupakan Air Terjun yang paling tinggi di Pakistan. Terletak di Bagrote iaitu di kawasan pergunungan Karakoram di Gilgit-Baltistan, sayangnya Air Terjun ini hanya boleh dikunjungi pada musim panas sahaja.

5. Air Terjun Jamgar

Air Terjun Jamgar terletak di lembah Neelam, juga bertempat di daerah Azad Kashmir. Persekitaran kawasan Air Terjun ini sungguh bersih. Di sini anda boleh hirup udara segar sambil menikmati permandangan yang cantik. Tempat terbaik untuk santai dan sangat menenangkan fikiran.