Pastinya anda yang pernah menikmati makanan yang tersedia dalam setiap penerbangan AirAsia pernah berharap agar AirAsia membuka restoran yang menyajikan menu popular mereka.

Ianya menjadi kenyataan tidak lama lagi dan anda bakal menikmati menu istimewa dalam penerbangan AirAsia seperti nasi lemak Pak Nasser, lasagna, ayam teriyaki dan lain-lain tanpa perlu menaiki penerbangan.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Ini kerana terdapat rancangan untuk memperkenalkan restoran makanan segera yang menawarkan makanan syarikat penerbangan itu tidak lama lagi menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes dalam satu temu bual program bual bicara Amerika Syarikat, Larry King.

Malah, beliau yakin makanan yang disediakan AirAsia adalah terbaik dan kerana itu beliau rancang ingin membuka restoran makanan segera Santan. Santan merupakan nama menu penerbangan dalam pesawat AirAsia yang memasarkan makanannya sebagai ‘pengalaman bersantap dalam penerbangan gourmet’. Harapnya ianya menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Anda Mungkin Suka