Siapa sangka bermula dengan sekadar ura-ura mengenai penjualan Malaysia Airlines Bhd (MAB), syarikat seteru tempatan iaitu AirAsia Group Bhd (AAGB) antara yang berminat untuk mendapatkannya.

Menurut Focus Malaysia, Khazanah Nasional selaku pemegang saham utama bakal menanggung belanja sebanyak RM 8 bilion sekiranya AAGB berjaya dapatkan MAB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jumlah RM8 bilion yang disebutkan dinilai melalui enam pesawat A380 bernilai RM5.4 bilion, kos operasi serta pembatalan tempahan 25 Boeing 737 Max 8 dan beberapa kos lain yang bakal ditanggung oleh AAGB.

20150312_TonyFernandes
Sumber: The Asian Entrepreneur

Difahamkan CEO AAGB, Tan Sri Tony Fernandes mulai menunjuk minat mengenai pengambilalihan ini kepada pengarah urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan mengenai kerjasama AirAsia X Bhd bersama MAB sebagai merging acquisition.

Meskipun sudah mendapat persetujuan daripada Khazanah, perbincangan ini masih lagi diteruskan bagi mencapai kata sepakat mengenai kerjasama antara dua syarikat penerbangan tempatan ini.

Menurut Tun Mahathir, dilaporkan sebanyak lima bidaan telah diterima untuk mengambil alih MAB termasuk Japan Airlines, Air France-KLM, Malindo Airways serta AirAsia.

doc74cd5sccv049sepje43
pengarah urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan. Sumber: The Star

Setakat ini AAGB antara yang berpeluang untuk mendapatkan tawaran ini memandangkan AAGB sedia untuk berbelanja RM1.4 bilion setahun untuk menampung kos operasi MAB berjumlah RM1 bilion setahun.

Menurut AAGB, kerjasama ini bakal memperlihatkan AirAsia dan MAB bergabung dibawah satu jenama iaitu AirAsia. Kedua-dua syarikat bakal meneruskan operasi namun dengan konsep dan haluan yang ditetapkan oleh AirAsia.

Selain itu, AAGB juga dilaporkan sedia mendapatkan Brahim selaku penyedia makanan rasmi buat MAB manakala Firefly dan MASwings antara yang tidak termasuk dalam senarai pembelian.

4361_MAB_19_Travelicious MHholiday STAR R2
Sumber: The Star

Berita ini pastinya menimbulkan suka dan duka buat kru MAB serta rakyat Malaysia yang membesar dengan melihat kejayaan syarikat berusia 72 tahun ini. Sama-sama kita nantikan nasib dan masa depan MAB yang bakal diumumkan Khazanah Nasional Berhad tidak lama lagi.

Terbaharu, perbincangan gabungan Axiata bersama syarikat induk Digi iaitu Telenor diteruskan kembali selepas Khazanah sedia menjual saham mereka.

Khazanah Berhasrat Jual Saham Axiata, Penggabungan Dengan Digi Dirujuk Semula

Pengerusi Maju Holdings Label Khazanah Bodoh Kerana Tidak Mahu Jual PLUS