Bermula 1 April nanti, AirAsia akan mengehadkan kaunter perkhidmatan daftar masuk di semua lapangan terbang di seluruh Malaysia bagi mempercepatkan peralihan penuh kepada sistem daftar masuk kendiri tanpa sentuh menerusi laman web dan aplikasi mudah alih ‘Super App’.

Tiada yuran daftar akan dikenakan mulai 1 April 2022 kerana hanya pelanggan yang layak mengikut beberapa kategori sahaja akan dibenar menggunakan kaunter perkhidmatan daftar masuk sewaktu pemansuhan kaunter berkenaan secara beransur-ansur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Newsroom AirAsia

Antara pelanggan-pelanggan yang boleh menerima ‘keistimewaan’ tersebut ialah golongan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas, tempahan berkumpulan seramai 10 orang dan lebih, penumpang berusia berumur 12-16 tahun yang melancong bersendirian, serta penumpang terjejas oleh perubahan jadual dan pembatalan penerbangan.

Anda boleh baca lebih lanjut kategori-kategori penumpang yang hanya dibenar menggunakan kaunter perkhidmatan daftar masuk berkenaan bermula 1 April akan datang melalui pautan ini.

Untuk makluman, setakat ini AirAsia berjaya mengalihkan sebanyak 95% pengguna bagi menggunakan contactless self-check-in menerusi laman web dan aplikasi mudah alih ‘Super App’.

Sebelum ini AirAsia telah menukar semula caj daftar masuk kepada harga asal selepas menerima bantahan pengguna. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

AirAsia Kemas Kini Caj Daftar Masuk Melalui Kaunter, Harga Kembali Semula Kepada Asal

Demi Keselamatan Pelanggan Terjamin, AirAsia Laksana Prosedur ‘Contactless’ Untuk Perkhidmatannya

Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan ‘Teksi Udara’

Sumber