Sekiranya sebelum ini penerbangan tambang jarak jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan setiap hari ke Auckland nampaknya tidak lagi selepas ini.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, AirAsia X dijangka akan menggantung penerbangan ke Auckland buat seketika waktu bagi mengkaji semula rangkaian berkala sekaligus menambah baik kecekapan operasi.

Sumber: Stuff

Difahamkan pergantungan ini bakal bermula 11 Februari 2019 ini manakala bermula 29 Januari ini laluan tujuh kali seminggu ke Auckland bakal dikurangkan kepada empat kali seminggu sahaja.

Menerusi berita terbaru ini, AirAsia turut menggesa para penumpang yang sudahpun membuatkan tempahan untuk mengemaskini butiran mereka di laman web airasia agar mudah dihubungi. Selain itu, pihak AirAsia turut mengumumkan pemberitahuan lanjut bakal diumumkan menerusi emel, SMS atau panggilan.