AirAsia tampil bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memantapkan dan mempromosikan kempen ‘Beli Barangan Malaysia.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui persetujuan kerjasama itu, sebanyak 550 produk akan dijual di dalam pesawat dan platform e-dagang milik AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, sebanyak 8 jenis makanan dihasilkan usahawan tempatan bakal dijual di atas kapal terbang tersebut selain yang sedia ada. Ini merupakan satu inisiatif yang baik dilakukan untuk membantu para usahawan tempatan untuk memasarkan dan memperluaskan produk mereka dalam dan luar negara.

Justeru itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, syarikat AirAsia patut memainkan peranan untuk menyokong ekonomi Asean dimana dengan mempromosikan produk tempatan dapat memacu perniagaan sosial tempatan. Syabas diucapkan untuk inisiatif yang baik ini.