Nampaknya impian para traveller daripada Malaysia untuk terbang ke London menaiki pesawat daripada syarikat tambang murah, AirAsia bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Semuanya bermula apabila Tony Fernandes di laman Facebook beliau memuat naik sebuah gambar pramugara dan pramugari AirAsia di London beserta caption ‘London here we come!!!!’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan pembelian Airbus A380 Neo merupakan perancangan awal Tan Sri Tony Fernandes untuk membawa penumpang ke destinasi melibatkan Eropah dalam tempoh yang lama.

Melihat daripada komen para netizen, ramai yang cukup suka dengan usaha Tony Fernandes untuk memperkenalkan kembali laluan ke London ini. Tidak kurang juga mereka yang mengharapkan AirAsia melakukan promosi harga rendah sempena pembukaan laluan ke Eropah ini.