Syarikat tambang rendah AirAsia Berhad terpaksa membatalkan beberapa penerbangan untuk laluan dari dan ke Yogyakarta akibat berlakunya letusan Gunung Merapi, Jawa Tengah.

Sebanyak 12 penerbangan terjejas termasuk 4 penerbangan laluan Kuala Lumpur-Yogyakarta (AK346 dan AK348) dan penerbangan laluan Yogyakarta-Kuala Lumpur (AK347 dan AK349). Penerbangan yang turut terjejas ialah laluan Singapura-Yogyakarta (QZ659), Yogyakarta-Jakarta (QZ7557, QZ7551 dan QZ7553), Jakarta-Yogyakarta (QZ7550 dan QZ7552), Bali-Yogyakarta (XT8448) dan Yogyakarta-Bali (XT8449).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penumpang yang terlibat akan dimaklumkan mengenai status penerbangan melalui email dan SMS. Oleh itu para penumpang dinasihatkan untuk mengemaskini butiran untuk dihubungi untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan.

Penumpang yang terlibat diberi pilihan sama ada untuk menukar penerbangan dalam masa 14 hari tanpa sebarang caj dan tertakluk pada kekosongan tempat duduk, akaun kredit yang membenarkan penumpang untuk menebus semula jumlah kredit dalam masa 90 hari, mendapatkan bayaran balik penuh atau perubahan laluan ke Semarang atau Surabaya atau Jakarta dalam masa 14 hari tanpa sebarang caj dan tertakluk pada kekosongan tempat duduk.