Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, (RED) bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit AIDS di rantau ini. Malah, AirAsia juga akan bekerjasama dengan sebuah syarikat muzik antarabangsa, 88rising untuk mengadakan festival muzik dan seni pada tahun hadapan untuk memberi kesedaran terhadap penyakit AIDS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, setiap kutipan daripada jualan promosi tempat duduk percuma yang sedang bermula sekarang, AirAsia akan menderma $20 sen (RM0.84). Justeru itu, terdapat juga promosi lain yang akan dilakukan pada tahun hadapan dalam satu dana global untuk membantu program HIV/AIDS ini di ASEAN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AirAsia mempunyai lebih banyak rancangan bersama (RED) dengan sokongan daripada 88rising dan ini hanya satu permulaan. Ketua Pegawai Eksekutif (RED) Deborah Dugan berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang kreatif dan inovatif seperti AirAsia dan percaya menerusi kerjasama ini akan membawa kesedaran terhadap AIDS ke tahap yang baharu.

Semoga dengan bantuan dari pelbagai pihak buat penghidap AIDS sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan mereka.