AirAsia Bhd telah mengeluarkan peringatan kepada orang ramai untuk membeli tiket penerbangan hanya melalui laman web rasmi AirAsia untuk mengelakkan ditipu. Sekiranya anda membeli tiket penerbangan AirAsia di laman web tidak rasmi, AirAsia tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penipuan.

Saluran penjualan tiket rasmi AirAsia termasuk laman web AirAsia, airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, ejen perlancongan berdaftar dan AirAsia Travel and Service Centres (ATSC).

Justeru itu, jika anda berasa ragu atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, orang ramai mungkin berhubung dengan AirAsia melalui saluran komunikasi Facebook, Twitter dan AskAirAsia. Malah menurut AirAsia, tindakan undang-undang akan diambil kepada individu atau kumpulan yang menggunakan jenama AirAsia untuk menipu.