Syarikat penerbangan tambang murah Airasia terus mengukuhkan hab penerbangan Kota Kinabalu dengan pelancaran laluan baharu terus ke Macao, China. Penerbangan empat kali seminggu ini akan bermula pada 2 November 2018 ini.

Dikenali sebagai Las Vegas Asia, Bandar ini menggabungkan budaya Portugis dengan ciri-ciri tradisional Cina, menjadikannya destinasi yang unik dan menarik untuk dikunjungi oleh pelancong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Spenser Lee ketua bahagian Komersial AirAsia Malaysia berkata, ‘Kota Kinabalu merupakan salah satu hub terbesar selepas Kuala Lumpur dan kami amat komited untuk mengembangkan lagi laluan terbaru untuk pelancong tempatan dan antarabangsa. Kami telah melancarkan penerbangan secara terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, dan terbaru laluan ke Macau. Kami berharap akan membuka pelbagai laluan dari Sabah ke seluruh Asia dan Australia’.

Malay Image airasia

Untuk laluan Kota Kinabalu ke Macau, AirAsia telah menetapkan tempahan awal harga Rm 134 untuk pelanggan biasa dan Rm 129 untuk pelanggan Bigpoint. Kepada yang berminat ingin ke Macau, anda boleh membuat tempahan bermula 19 Ogos ini untuk tarikh penerbangan 2 November 2018 sehingga 29 Mac 2019. Log masuk menggunakan ahli Big untuk mendapat diskaun sebanyak RM32.

Sebenarnya Macao adalah sebuah destinasi percutian yang sangat awesome. Jika anda mahu pengenalan tentang lokasi ini, boleh baca di sini.