Bagi anda yang gemar menikmati keindahan landskap menakjubkan seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang, anda boleh berkunjung ke Phu Quoc, Vietnam. AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam mengukuhkan lagi hubungan Asean dengan empat kali kekerapan penerbangan seminggu.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, Air Asia berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjadi tarikan ke Phu Quoc, para pelancong dari semua negara yang ingin berkunjung ke pulau Phu Quoc boleh mendapat pengecualian visa sehingga 30 hari.

AirAsia Phu Quoc

“Para pelanggan AirAsia boleh terbang terus ke Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 20 buah bandar di 10 buah negara, termasuklah China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia,” ujar Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee.

Beliau memberitahu, pihaknya amat komited untuk mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi Phu Quoc dan mengharapkan kerjasama daripada kerajaan tempatan untuk membangunkan Phu Quoc menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Kuala Lumpur – Phu Quoc

Bagi meraikan perasmian ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc bermula RM90* bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019.

Laluan baharu ini merupakan laluan terus unik ke-59 AirAsia Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. AirAsia juga mahu menghubungkan anda ke bandar-bandar lain di Vietnam seperti Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang.

Jika anda ingin merasai dan menikmati keindahan semulajadi, inilah tempat yang anda harus pergi. Pastikan Phu Quoc berada dalam list pengembaraan anda! Untuk tempahan tiket anda, boleh tekan di sini.